Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

BBM3410/18 VIVA

Assalamualaikum. lupa nak cerita mengenai viva. huhuhu. Pada 3 disember 2018 aku perlu membuat viva di hadapan penyeliaku iaitu puan Ernawita dan di hadapan Dr. Zaitul dari UPM. huhu memang aku tgementar tetapi alhamdulillah aku dapat membuat pembentangan tersebut dan dapat mengawal diri dari perasaan germentar itu, fuhhhh. harap-harap markah okay je lah. hehe.

BBM3410/18 PITA

Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.

BBM3410/18 Video lagu zamani dan mawi

Kali ni kami perlu membat lagu video dari zamani dan mawi. Semua kumpulan perlu mebuat lagu yang sama tetapi berlainan jalan cerita. memang menarik. kami bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan video ini dan alhamdulillah kami dapat menyelesaikan lagu ini tanpa sebarang masalah. dan ini adalah video lagu kami yang terakhir. Jadinya selepas ini tiada lagi kami perlu merakamkan video lagu lagi untuk subjek ini.

BBM3410/18 Kesibukan

Sebagai pelajar memang sibuk saja sentiasa. Perlu membuat assignments, PITA bagi tahun akhir dan banyak lagi. Bagi yang membuat kerja sambilan lagilah banyak kerja yang perlu lakukan juga. Tetapi itulah kehidupan sebagai seorang pelajar.

BBM3410/18 Buku lagi

Saja nak cerita mengenai buku lagi. Antara buku yang aku suka baca adalah novel. dan ada banyak genre novel yang aku suka asalkan ceritanya menarik. Antara yang aku pernah baca adalah All the bright places. Memang menarik cerita ini. Cerita ini banyak mengajar menggenai real life issue. Cerita ini juga banyak menceritakan mengenai depression dan mental illness. memang menarik cerita ini banyak pengajaran yang boleh didapati.

BBM3410/18 Video tanpa wajah

Assalamualaikum. Kali ni nak cerita mengenai video tanpa wajah pula. Tugasan kali ini kali perlu membuat video tetapi kami tidak boleh menunjukkan wajah kami. Jadi, kumpulan kami iaitu Tadaa Production telah memilih lagu Sudirman iaitu Salam terakhir dan kami membuat keputusan untuk merakamkan seluruh anggota badan kecuali muka. Untuk video begini kami boleh memilih sama ada mahu menggunakan tangan sahaja atau kaki sahaja atau apa-apa anggota badan mengikut kreativiti. Tetapi untuk kami, kami merakamkan kesemuanya kecuali muka  sahaja. memang seronok tetapi lagu ini juga membawa kami kepada perasaan hiba dan sedih kerana liriknya.

BBM3410/18 Lagu

Saje nak kongsi lagu-lagu yang aku minat. Oklah. aku memang suka dengar lagu dan macam-macam jenis lagu aku suka dengar dan kebanyakan lagu yang aku suka adalah dari boyband korea iaitu BTS. sebab banyak lagu-lagu diorang yang menarik. jadi memang aku suka terutamanya lirik mereka dan mesej yang mereka cuba ketengahkan.

BBM3410/18 Kuih

Disebabkan minggu tu aku ni terlampau rajin jadi aku pon buatlah kuih. macam-macam jenis kuih aku buat dan aku pon sedekahkan kat sepupu aku tu. punya lah rajin nak drive ke rumah dia masa tu. huhuhu. tapi berbaloi lah sebab anak buah aku tu suka. so puas hati la

BBM3410/18 Buku

Kali ni nak cerita mengenai buku pula. sebab aku ni memang minat sangat dengan buku. jadinya memang aku banyak beli buku. Bukan sekadar buku tapi bau buku pun aku suka. huhuhu. Kalau cerita mengenai buku memang banyak jenis buku yang aku suka baca asalkan ceritanya menarik dan untuk satu buku itu paling cepat aku boleh habiskan adalah satu hari tapi itu kalau aku tak buat apa-apa lah. huhuhu

BBM3410/18 Video one shot 2 layer.

tugasan yang ini kami perlu membuat video lagi tetapi video one shot 2 layer pula. Tugasannya sama seperti video one shot yang sebelum ini cuma kali ni kami perlu membuat seperti 2 layer. memang mencabar terutamanya ketika hendak memilih tajuk lagu yang sesuai dan tempat rakaman yang sesuai. tetapi secara keseluruhannya kami berasa seronok kerana kami belajar banyak perkara dan kami sentiasa bergelak tawa di situ huhu.

BBM3410/18 Bedak Compact

Kali ini saya akan menulis pula berkaitan bedak compact ini. Apa yang menarik berkenaan bedak ini? Bagi perempuan seperti saya sudah tentu lah perkara ini menarik perhatian saya kerana saya sangat menyukai makeup. Berkenaan bedak compact ini, terdapat banyak pemilihan warna yang boleh dipilih dan lebih baik memilih mengikut warna kulit setiap individu tersebut kerana kulit akan nampak lebih cantik dan natural jika memilih warna yang sesuai. Dan disarankan juga untuk membeli bedak compact yang original. Hal ini demikian kerana produk yang original mempunyai bahan yang sangat elok berbanding yang bukan original. Produk tiruan mempunyai banyak bahan kimia yang akan merosakkan kulit. Oleh itu adalah sangat perlu untuk membeli bedak yang original dan mengikut warna kulit.

BBM 3410/18 Lipstik.

Kali ini saya akan membicarakan mengenai lipstik. Lipstik ni sebemarnya ada pelbagai bentuk. Ada bentuk cecair, stick dan cake. Dan pelbagai juga warna yang boleh didapati. Tapi itu semua terpulang kepada individu tersebut untuk memilih warna apa sahaja yang dia nak. Dan yang paling penting setiap individu tersebut mesti yakin pada diri barulah berani untuk memakai pelbagai warna lipstik.

BBM3410/18 Video One Shot 1 layer

Prof. Normaliza bagi tugasan untuk buat video one shot 1 layer dan kumpulan kami memilih lagu kumpulan Senario iaitu "seminggu berhari raya". Memang mencabar tugasan yang ini. Ambil masa juga untuk rakam kerana kami perlu memastikan yang kami rakan dengan cantik sahaja tanpa cacat cela. Dan lagi satu perkara yang mencabar kami perlu mencari masa yang sesuai untuk merakamkan video ini tetapi secara keseluruhannya memang seronok semasa proses merakamkan video ini.

BBM3410/18 PITA

Assalamualaikum dan hai semuaaa...hari ni saya nak cerita mengenai PITA pula. Iyaaaa, Projek Ilmiah Tahun Akhir. Minggu ni memang minggu yang sibuk dan minggu ini juga saya perlu menghantar bab 1 sehingga bab 3. Oleh itu, saya perlu siapkan dengan segera. Sebenarnya saya sudahpun menyiapkan bab 1 sehingga bab 3. Namun, ada banyak perkara yang saya perlu tambah lagi. Jadi saya telah berusaha untuk menyiapkan bab 1 sehingga ke bab 3 dan alhamdulillah. Saya berjaya siapkan dan sudahpun hantar. Baiklah setakat sini sahaja dahulu. Nanti kita sambung lagiiii...

BBM3410/18 Sunscreen

Assalamualaikum dan hai semuaaa...hari ni saya nak bercerita mengenai penggunaan sunscreen. Mengapa kita perlu menggunakan sunscreen. Haaa...ini yang ramai tak tahu. Kulit kita memang akan terdedah dengan sinaran UV hampir setiap hari. Tambahan lagi cuaca di Malaysia sememangnya sentiasa panas dan lembab sepanjang tahun. Cuaca yang panas ini akan menyebabkan kulit kita akan mudah terbakar dan ada juga kulit yang rosak akibat terlalu lama terdedah dengan sinaran UV. Jadi, amatlah perlu untuk seseorang itu menggunakan sunscreen setiap kali hendak keluar rumah. Sunscreen bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Oleh itu, sunscreen akan melindungi kulit dari mudah terbakar dan melindungi kulit dari mudah rosak. Selain itu, sunscreen juga berfungsi untuk melambatkan penuaan di kulit. Oleh itu, jika anda mahu kulit anda tidak mudah berkedut dan nampak cepat tua, lebih baik gunakan sunscreen setiap hari. Baiklah, hari ini sampai disini sahaja dahulu. Nanti kita sambung lagi.

BBM3410/18 Simpulan Bahasa

Assalamualaikum dan hai semuaaa. Hari ni saya nak cerita mengenai tugasan minggu ni pula. Untuk subjek multimedia ini, tugasan untuk minggu ini, kami perlu memilih sepuluh jenis simpulan bahasa dan perlu ambil gambar mengikut maksud setiap simpulan bahasa tersebut. Jadi, memang macam-macam kerenah lah bila proses ambil gambar tersebut. Haha. Tapi, semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dengan baik. Jadi memang tiada masalah dalam proses mengambil gambar tersebut. Apabila sudah selesai mengambil gambar-gambar tersebut, gambar-gambar tersebut akan digunakan untuk projek yang seterusnya iaitu kami perlu letakkan didalam bentuk video.

BBM3410/18 Nasi Kukus Ayam Berempah.

Assalamualaikum dan hai semua. Kalau post-post yang lepas saya sudah bercerita mengenai makeups, kali ni saya nak bercerita mengenai makanan pula. Hari ni dan semalam saya dapat makan Nasi Kukus Ayam Berempah yang dijual di Serdang. Terima kasih kepada kawan saya yang beritahu kepada saya mengenai makanan yang dijual ini. Memang sedap. Ayam berempah tersebut memang besar dan sedap. Dapat rasa yang ayamnya telah diperap bersama rempah-rempah berkenaan beberapa jam sebelum digoreng. Hal ini kerana rempahnya dapat dirasa sehingga ke dalam ayan tersebut. Ayamnya juga lebut dan tidak kering. Kuah karinya juga sangatlah sedap dan cukup rasa. Dan nasinya juga dimasak dengan baik dan sangat sedap. Memang puas makan kerana nasinya sangat banyak. Bukan itu sahaja tetapi harganya juga sangat berpatutan. Harganya hanyalah RM 5 sahaja. Namun, nasinya sangat banyak, kuahnya juga banyak dan sedap dan ayamnya juga besar saiznya. Memang berbaloi dan tidak rugi jntuk mencubanya. untuk sesiapa yang ingin

BBM3410/18 Makeups - Foundations.

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni nak cerita mengenai makeups lagi tetapi tajuk kali ni hanyalah bercerita mengenai foundation sahaja. Untuk foundation ni ada banyak jenis. Ada bentuk cecair, ada bentuk stick, dan ada juga terdapat bentuk cake. Ada yang bertanya pada saya foundation tu sama dengan sunscreen ke? Tak sama sebenarnya. Sunscreen adalah cream yang perlu dipakai untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Sunscreen bukanlah sejenis foundation tapi sunscreen sangat bagus untuk kulit. Sebelum memakai foundation juga adalah perlu untuk memakai sunscreen. Bertujuan untuk melindungi kulit. Kalau tidak mahu pakai foundation juga tidak mengapa tetapi pastikan foundation tersebut mengandungi spf yang tinggi. Tetapi lebih baik jika memakai sunscreen. Baiklah untuk foundation ini, terdapat banyak jenis warna mengikut kulit. Adalah perlu untuk seseorang umtuk memilih foundation mengikut jenis kulit masing-masing. Ada yang bertanya saya bolehkah untuk memakai foundation yang lebih cera

BBM3410/18 Flatlay.

Assalamualaikum dan hai semuaaa...minggu ni saya akan cerita mengenai tugasan yang kami perlu buat untuk minggu ni pula. Memang sibuk. Minggu ni kami perlu buat tugasan mengenai gambar juga. Ada 4 jenis gambar yang perlu kami ambil. Yang pertama Flatlay, yang kedua Half Flatlay, yang ketiga quarter Flatlay dan yang keempat adalah Zero Flatlay. Untuk setiap gambar, kami perlu mengambil 5 jenis gambar yang berbeza. Dan setiap gambar perlulah menggunakan produk yang berneza. Jadi, kami menggunakan pelbagai jenis produk untuk gambar-gambar tersebut. Kami telah menggunakan produk makeups, kasut, buku dan pelbagai lagi untuk mengambil gambar produk-produk itu. 

BBM3410/18 Skincare dan makeups.

Assalamualaikum dan haiii semuaaaa. Kali ni nak cerita berkenaan Skin care dan makeups pula. Ramai kawan-kawan dan customer yang bertanya pada saya berkenaan skin care. Antara soalan yang biasa ditanya adalah "Boleh ke pakai skin care campur-campur?" maksud dia adalah boleh ke campur-campur produk skin care yang pelbagai. Maksudnya sekejap pakai skin care yang ini, kemudian pakai yang lain. Seterusnya yang lain. Sebenarnya, tak elok campur-campurkan produk skin care ni. Kalau dah pakai satu jenama tu, pakai itu je. Sebab setiap produk skin care ni, bahan-bahannya kadang-kadang tak sama. Risau kalau campurkan nanti jadi teruk pula kulit tu. Terutama jika skin care itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia. lagi tak elok untuk muka. Lebih elok pakai produk skin care yang diperbuat daripada bahan organik atau orang kata herba lah. Lebih elok dan selamat untuk kulit. Namun, ada juga yang suka pakai produk skin care yang banyak mengandungi bahan kimia. Katanya "Elok je aku p

BBM3410/18 Sendayu Tinggi.

Okay. kali ni saya nak cerita tentang kerja saya pula. Post-post yang sebelum ni asyik cerita tentang belajar je kan. Jadi, sekarang nak cerita berkenaan hal kerja pula. Saya merupakan dealer sah Sendayu Tinggi. Sendayu Tinggi merupakan salah satu jenama produk kecantikan dan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Sendayu tinggi diasaskan oleh bonda Rozita dan sekarang syarikat tersebut diuruskan oleh anaknya Puan Yatie. Produk Sendayu Tinggi adalah antara produk Malaysia yang saya sangat percaya kerana tidak mengandungi bahan yang merbahaya pada kulit dan kesihatan. Dan sejujurnya, saya mula menggunakan produk Sendayu Tiggi pada usia 10 tahun. Kerana sejak zaman sekolah saya banyak terdedah pada sinaran UV dan masa zaman sekolah juga timbulnya jerawat-jerawat yang teruk. Pada ketika itu, ibu saya menyarankan saya menggunakan sabun Golden Herbs dari Sendayu Tinggi untuk menghilangkan jerawat-jerawat tersebut. Masa itu, saya masih muda, Oleh itu saya hanya menggunakan sabun pencuci muk

BBM3410/18 Pesta makanan dan acah model???

Assalamualaikum dan haiiii...tugasan minggu ni pula kami perlu ambil gambar di pesta makanan yang fakulti kami iaitu FMBK lakukan dan muat naikkan di Instagram. Tak pernah-pernah lagi dapat tugasan macam ni. huhu. Masa tu memang gigih pergi ke pesta makanan tersebut dan gigih ambil gambar di situ dengan cuaca yang panas terik. Kami juga diberikan tugasan yang lain iaitu kami perlu ambil 6 jenis gambar yang berbeza dan setiap jenis gambar tersebut mestilah ada tiga. Jenis gambar-gambar tersebut adalah Mug shot, Medium shot, Long shot, Potrait, Over the shoulder dan Bird's eye views. Masa tu memang gigih pergi ambil gambar di pelbagai tempat sebab nakkan gambar yang cantik. yelah, sebab nak kena muat naik di akaun instgram. memang nak kena amil gambar cantik-cantik. Masa tu lah baru acah-acah diri tu model hahaha.

BBM3410/18 Asas Grafik

Assalamualaikum dan haiiiii....tugasan yang pertama ni kami perlu buat kerja berkumpulan iaitu berkenaan asas grafik. perghhhhh. Banyak kerja hahaha. Kena cari gambar dalam majalah, pilih gambar yang sesuai, tampal cantik-cantik, Ikat, Ambil gambar dan muat naik ke Instagram. hahaha. Nak pilih gambar pun dah satu hal. bukan main lama. huhu. Masa tu memang gigih semua ahli kumpulan. Jumpa Prof untuk pastikan gambar kami sesuai dan selepas itu mula aktiviti tampal menampal yang menguji kesabaran. hahaha sebab nak pastikan projek kami ni cantik. Tapi alhamdulillah setelah penah semua orang dan disebabkan kegigihan semua ahli kumpulan, dapat juga menyiapkan tugasan yang diberi.

BBM3410/18 Kuliah minggu pertama.

Assalamualaikum dan haiiiii. Setelah hampir 3 bulan cuti sem dan menghabiskan cuti dengan latihan industri, akhirnya kembali juga ke UPM untuk teruskan sem yang terakhir untuk tahun akhir. Jumpa semula kawan-kawan, pensyarah, tugasan dan PITA. perghhhh. Banyak kerja. hahaha. Anyway, untuk kelas minggu pertama ni, seronok juga. Kali pertama ambil kelas Prof Normaliza ni dan seronok belajar di kelas dia. Orangnya lawak dan tidak membosankan. huhu. dan yang paling penting aku tak pernah rasa mengantuk lagi dalam kelas dia. hahaha. Untuk kelas minggu pertama tu, Prof cuma terangkan berkenaan subjek ni dan tugasan berkumpulan yang perlu dibuat. Sejujurnya, tak perah lagi aku kena buat tugasan seperti ini tapi seronok juga. huhu. Okaylah setakat ini sahaja dahulu. See yaaaa...

BBM3410/18 Diriku yang kusayang.

Assalamualaikum dan hai semua~~~ Selamat berkenalan. Nama saya Murnirah Razali. Berumur 23 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan. Saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia dan merupakan seorang pelajar tahun akhir. Berkenaan diri saya, selain merupakan seorang pelajar, saya juga membuat perniagaan atas talian. Saya merupakan dealer sah Sendayu Tinggi. Oleh itu, saya menjual semua produk Sendayu Tinggi iaitu makeups, skincare dan produk kesihatan. Jadi, siapa yang berminat tu bolehlah hubungi saya. huhuhu...Apa yang saya suka pula. hmmmmm ada banyak sebenarnya. Antaranya Makeups, Buku, Makanan, Fesyen, BTS dan duit. hahahaha. Oklah, tu je setakat ni bye y'alllll.....