Assalamualaikum dan hai semuaaa. Hari ni saya nak cerita mengenai tugasan minggu ni pula. Untuk subjek multimedia ini, tugasan untuk minggu ini, kami perlu memilih sepuluh jenis simpulan bahasa dan perlu ambil gambar mengikut maksud setiap simpulan bahasa tersebut. Jadi, memang macam-macam kerenah lah bila proses ambil gambar tersebut. Haha. Tapi, semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dengan baik. Jadi memang tiada masalah dalam proses mengambil gambar tersebut. Apabila sudah selesai mengambil gambar-gambar tersebut, gambar-gambar tersebut akan digunakan untuk projek yang seterusnya iaitu kami perlu letakkan didalam bentuk video.
Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.
Comments
Post a Comment