Assalamualaikum dan hai semuaaa...hari ni saya nak bercerita mengenai penggunaan sunscreen. Mengapa kita perlu menggunakan sunscreen. Haaa...ini yang ramai tak tahu. Kulit kita memang akan terdedah dengan sinaran UV hampir setiap hari. Tambahan lagi cuaca di Malaysia sememangnya sentiasa panas dan lembab sepanjang tahun. Cuaca yang panas ini akan menyebabkan kulit kita akan mudah terbakar dan ada juga kulit yang rosak akibat terlalu lama terdedah dengan sinaran UV. Jadi, amatlah perlu untuk seseorang itu menggunakan sunscreen setiap kali hendak keluar rumah. Sunscreen bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Oleh itu, sunscreen akan melindungi kulit dari mudah terbakar dan melindungi kulit dari mudah rosak. Selain itu, sunscreen juga berfungsi untuk melambatkan penuaan di kulit. Oleh itu, jika anda mahu kulit anda tidak mudah berkedut dan nampak cepat tua, lebih baik gunakan sunscreen setiap hari. Baiklah, hari ini sampai disini sahaja dahulu. Nanti kita sambung lagi.
Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.
Comments
Post a Comment