Okay. kali ni saya nak cerita tentang kerja saya pula. Post-post yang sebelum ni asyik cerita tentang belajar je kan. Jadi, sekarang nak cerita berkenaan hal kerja pula. Saya merupakan dealer sah Sendayu Tinggi. Sendayu Tinggi merupakan salah satu jenama produk kecantikan dan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Sendayu tinggi diasaskan oleh bonda Rozita dan sekarang syarikat tersebut diuruskan oleh anaknya Puan Yatie. Produk Sendayu Tinggi adalah antara produk Malaysia yang saya sangat percaya kerana tidak mengandungi bahan yang merbahaya pada kulit dan kesihatan. Dan sejujurnya, saya mula menggunakan produk Sendayu Tiggi pada usia 10 tahun. Kerana sejak zaman sekolah saya banyak terdedah pada sinaran UV dan masa zaman sekolah juga timbulnya jerawat-jerawat yang teruk. Pada ketika itu, ibu saya menyarankan saya menggunakan sabun Golden Herbs dari Sendayu Tinggi untuk menghilangkan jerawat-jerawat tersebut. Masa itu, saya masih muda, Oleh itu saya hanya menggunakan sabun pencuci muka untuk menjaga kulit dan bebas dari jerawat. Pada usia 18 tahun saya mula berjinak-jinak pada produk makeups pula dan banyak mempelajari berkenaan kecantikan dan kesihatan wanita.
Oleh kerana saya merupakan pengguna tegar Sendayu Tinggi, saya mula mendaftar dan menjadi dealer sah Sendayu Tinggi untuk memulakan perniagaan atas talian. Selain dapat buat duit, dapat juga membantu mereka yang memerlukan bantuan dan tips berkenaan skin care dan makeups. Pada waktu cuti-cuti sem juga saya membuat kerja part time untuk menambah duit untuk diri sendiri. So sesiapa yang nakkan produk-produk makeups dan skincare, bolehlah hubungi saya~~~
Comments
Post a Comment