Assalamualaikum dan hai semua. Kalau post-post yang lepas saya sudah bercerita mengenai makeups, kali ni saya nak bercerita mengenai makanan pula. Hari ni dan semalam saya dapat makan Nasi Kukus Ayam Berempah yang dijual di Serdang. Terima kasih kepada kawan saya yang beritahu kepada saya mengenai makanan yang dijual ini. Memang sedap. Ayam berempah tersebut memang besar dan sedap. Dapat rasa yang ayamnya telah diperap bersama rempah-rempah berkenaan beberapa jam sebelum digoreng. Hal ini kerana rempahnya dapat dirasa sehingga ke dalam ayan tersebut. Ayamnya juga lebut dan tidak kering. Kuah karinya juga sangatlah sedap dan cukup rasa. Dan nasinya juga dimasak dengan baik dan sangat sedap. Memang puas makan kerana nasinya sangat banyak. Bukan itu sahaja tetapi harganya juga sangat berpatutan. Harganya hanyalah RM 5 sahaja. Namun, nasinya sangat banyak, kuahnya juga banyak dan sedap dan ayamnya juga besar saiznya. Memang berbaloi dan tidak rugi jntuk mencubanya. untuk sesiapa yang ingin merasanya dan ingin membelinya, bolehlah dapatkannya di serdang.
Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.
Comments
Post a Comment