Skip to main content

BBM3410/18 Makeups - Foundations.

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni nak cerita mengenai makeups lagi tetapi tajuk kali ni hanyalah bercerita mengenai foundation sahaja. Untuk foundation ni ada banyak jenis. Ada bentuk cecair, ada bentuk stick, dan ada juga terdapat bentuk cake. Ada yang bertanya pada saya foundation tu sama dengan sunscreen ke? Tak sama sebenarnya. Sunscreen adalah cream yang perlu dipakai untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Sunscreen bukanlah sejenis foundation tapi sunscreen sangat bagus untuk kulit. Sebelum memakai foundation juga adalah perlu untuk memakai sunscreen. Bertujuan untuk melindungi kulit. Kalau tidak mahu pakai foundation juga tidak mengapa tetapi pastikan foundation tersebut mengandungi spf yang tinggi. Tetapi lebih baik jika memakai sunscreen. Baiklah untuk foundation ini, terdapat banyak jenis warna mengikut kulit. Adalah perlu untuk seseorang umtuk memilih foundation mengikut jenis kulit masing-masing. Ada yang bertanya saya bolehkah untuk memakai foundation yang lebih cerah sedikit berbanding warna kulit? Jawapannya boleh sahaja. Namun bedak compact atau loose powder perlulah pakai yang warnanya sedikit gelap berbanding warna foundation itu. Barulah kulit kita akan nampak natural sahaja dan tidak kelabu. Untuk foundation juga adalah lebih baik jika memakai foundation yang original kerana foundation yang original adalah lebih cantik dan long lasting berbanding foundation yang tiruan. Kerana foundation yang tiruan ini akan mudah pecah dan tidak cantik warnanya apabila dipakai. Baiklah, hari ini hanya setakat ini sahaja saya akan bincangkan mengenai foundation ini. Jika ada sebarang soalan yang tidak faham atau mahu bertanya mengenai foundation ini bolehlah tinggalkan komen dan saya akan menjawabnya jika ada masa yang terluang.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18 VIVA

Assalamualaikum. lupa nak cerita mengenai viva. huhuhu. Pada 3 disember 2018 aku perlu membuat viva di hadapan penyeliaku iaitu puan Ernawita dan di hadapan Dr. Zaitul dari UPM. huhu memang aku tgementar tetapi alhamdulillah aku dapat membuat pembentangan tersebut dan dapat mengawal diri dari perasaan germentar itu, fuhhhh. harap-harap markah okay je lah. hehe.

BBM3410/18 Video lagu zamani dan mawi

Kali ni kami perlu membat lagu video dari zamani dan mawi. Semua kumpulan perlu mebuat lagu yang sama tetapi berlainan jalan cerita. memang menarik. kami bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan video ini dan alhamdulillah kami dapat menyelesaikan lagu ini tanpa sebarang masalah. dan ini adalah video lagu kami yang terakhir. Jadinya selepas ini tiada lagi kami perlu merakamkan video lagu lagi untuk subjek ini.