Assalamualaikum dan haiii semuaaaa. Kali ni nak cerita berkenaan Skin care dan makeups pula. Ramai kawan-kawan dan customer yang bertanya pada saya berkenaan skin care. Antara soalan yang biasa ditanya adalah "Boleh ke pakai skin care campur-campur?" maksud dia adalah boleh ke campur-campur produk skin care yang pelbagai. Maksudnya sekejap pakai skin care yang ini, kemudian pakai yang lain. Seterusnya yang lain. Sebenarnya, tak elok campur-campurkan produk skin care ni. Kalau dah pakai satu jenama tu, pakai itu je. Sebab setiap produk skin care ni, bahan-bahannya kadang-kadang tak sama. Risau kalau campurkan nanti jadi teruk pula kulit tu. Terutama jika skin care itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia. lagi tak elok untuk muka. Lebih elok pakai produk skin care yang diperbuat daripada bahan organik atau orang kata herba lah. Lebih elok dan selamat untuk kulit. Namun, ada juga yang suka pakai produk skin care yang banyak mengandungi bahan kimia. Katanya "Elok je aku pakai. Tak ada apa masalah pon". Iyaaa...sebab awak muda lagi. memang la. Cuba awak berhenti pakai dan lihat kesannya pada kulit awak. dan kesannya juga akan dapat dilihat bila awak dah makin meningkat usia.
Sekarang ni ramai yang obses nak kulit putih dengan cepat. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk memakai produk skincare yang mengandungi banyak bahan kimia atau lebih senang kita sebut peeling product. Sebenarnya tak elok. Sebab makin kulit terhakis dan makin nipis kulit tu dan makin senang lah masalah kulit akan berlaku. Bila melanin pada kulit tu da hilang maka mudahlah awak nak dapat jeragat dan masalah kulit yang lain. Ada antara customer saya yang berusia awal 30-an dah dapat jeragat sebabnya sebelum ni terlalu suka pakai produk yang sebegini. Sebab nak cepat putih. Jadi, kesan yang dia dapat, bila berhenti gunakan produk tersebut, mula timbul masalah lain seperti kulit jadi kering, jeragat timbul dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan produk yang sesuai sangat diperlukan. Lebih elok pilih produk yang selamat untuk kulit. Iya, memang akan ambil masa yang lama tetapi sangat berbaloi kerana kulit tidak akan rosak.
Baiklah, sekarang nak cerita tentang produk makeups pula. Untuk produk makeup ni, tidak mengapa jika awak mahu menggunakan apa-apa produk pun. Yang penting adalah pastikan produk tersebut original. Kalau nak pakai campur-campur produk pun tidak mengapa. Contonya foundation nak pakai foundaion dari Sendayu Tinggi, kemudian compact powder pula mahu guna Maybelline, Lipstick pula Etude House. Tidak mengapa dan tidak menjadi masalah. Sebab makeups bukanlah seperti skincare. Skincare bila dipakai memang menyerap ke dalam kulit untuk mencantikkan kulit tersebut. Tapi makeups pula dila dibasuh dengan makeup remover, hilanglah makeups tersebut. So pakai sahaja apa-apa produk makeups sekali pun tidak mengapa asalkan produk tersebut original dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya. Jika bercakap mengenai makeups ni, memang banyak produk. Antaranya foundation, Compact powder, loose powder, lipstick, eyeliner, brow liner, blusher dan banyak lagi. Untuk foundation ada pelbagai bentuk seperti bentuk cecair, stick, cake dan banyak lagi. Powder juga terdapat dalam perbagai bentuk seperti bentuk cake dan serbuk. Lipstik juga terdapat dalam bentuk stick, cecair, cake dan banyak lagi. Eyeliner juga terdapat dalam bentuk cecair, pensil, pen, dan cake. Belum campur dengan jenis-jenis pengilat memang banyak. fuhhh. nak cerita memang penat. Nak menaip pon penat. hahaha. Apa-apapun, yang paling penting untuk makeups, pastikan pakai produk yang original bukan tiruan. Ada sebabnya kenapa. Kerana ada diantara produk tiruan yang mengandungi bahan yang bahaya pada kulit dan bahan yang tak elok untuk kulit. Ada yang kata "elok je aku pakai". Iya, macam saya cakap tadi awak muda lagi. Kesannya akan timbul bila awak dah berusia nanti. Ada yang berkata produk original mahal. Iya betul tetapi untuk kulit berbaloi kan? Dan di Watsons atau Guardian banyak je produk makeups yang murah dan selamat. Boleh je beli disitu jika tidak mampu membeli jenama-jenama yang terkenal. Jadi pemilihan makeups juga sangat penting untuk menjaga kulit kita dari berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.
Baiklah, saampai disini sahaja dahulu. Nanti kita sambung lagi bercerita mengenai Skin care dan makeups ni. Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Saya akan cuba menjawab jika ada masa terluang.
Terima kasih kerana sudi membaca~~~

Comments
Post a Comment