Skip to main content

Posts

BBM3410/18 VIVA

Assalamualaikum. lupa nak cerita mengenai viva. huhuhu. Pada 3 disember 2018 aku perlu membuat viva di hadapan penyeliaku iaitu puan Ernawita dan di hadapan Dr. Zaitul dari UPM. huhu memang aku tgementar tetapi alhamdulillah aku dapat membuat pembentangan tersebut dan dapat mengawal diri dari perasaan germentar itu, fuhhhh. harap-harap markah okay je lah. hehe.
Recent posts

BBM3410/18 PITA

Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.

BBM3410/18 Video lagu zamani dan mawi

Kali ni kami perlu membat lagu video dari zamani dan mawi. Semua kumpulan perlu mebuat lagu yang sama tetapi berlainan jalan cerita. memang menarik. kami bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan video ini dan alhamdulillah kami dapat menyelesaikan lagu ini tanpa sebarang masalah. dan ini adalah video lagu kami yang terakhir. Jadinya selepas ini tiada lagi kami perlu merakamkan video lagu lagi untuk subjek ini.

BBM3410/18 Kesibukan

Sebagai pelajar memang sibuk saja sentiasa. Perlu membuat assignments, PITA bagi tahun akhir dan banyak lagi. Bagi yang membuat kerja sambilan lagilah banyak kerja yang perlu lakukan juga. Tetapi itulah kehidupan sebagai seorang pelajar.

BBM3410/18 Buku lagi

Saja nak cerita mengenai buku lagi. Antara buku yang aku suka baca adalah novel. dan ada banyak genre novel yang aku suka asalkan ceritanya menarik. Antara yang aku pernah baca adalah All the bright places. Memang menarik cerita ini. Cerita ini banyak mengajar menggenai real life issue. Cerita ini juga banyak menceritakan mengenai depression dan mental illness. memang menarik cerita ini banyak pengajaran yang boleh didapati.

BBM3410/18 Video tanpa wajah

Assalamualaikum. Kali ni nak cerita mengenai video tanpa wajah pula. Tugasan kali ini kali perlu membuat video tetapi kami tidak boleh menunjukkan wajah kami. Jadi, kumpulan kami iaitu Tadaa Production telah memilih lagu Sudirman iaitu Salam terakhir dan kami membuat keputusan untuk merakamkan seluruh anggota badan kecuali muka. Untuk video begini kami boleh memilih sama ada mahu menggunakan tangan sahaja atau kaki sahaja atau apa-apa anggota badan mengikut kreativiti. Tetapi untuk kami, kami merakamkan kesemuanya kecuali muka  sahaja. memang seronok tetapi lagu ini juga membawa kami kepada perasaan hiba dan sedih kerana liriknya.

BBM3410/18 Lagu

Saje nak kongsi lagu-lagu yang aku minat. Oklah. aku memang suka dengar lagu dan macam-macam jenis lagu aku suka dengar dan kebanyakan lagu yang aku suka adalah dari boyband korea iaitu BTS. sebab banyak lagu-lagu diorang yang menarik. jadi memang aku suka terutamanya lirik mereka dan mesej yang mereka cuba ketengahkan.