Assalamualaikum. Kali ni nak cerita mengenai video tanpa wajah pula. Tugasan kali ini kali perlu membuat video tetapi kami tidak boleh menunjukkan wajah kami. Jadi, kumpulan kami iaitu Tadaa Production telah memilih lagu Sudirman iaitu Salam terakhir dan kami membuat keputusan untuk merakamkan seluruh anggota badan kecuali muka. Untuk video begini kami boleh memilih sama ada mahu menggunakan tangan sahaja atau kaki sahaja atau apa-apa anggota badan mengikut kreativiti. Tetapi untuk kami, kami merakamkan kesemuanya kecuali muka sahaja. memang seronok tetapi lagu ini juga membawa kami kepada perasaan hiba dan sedih kerana liriknya.
Minggu ni memang sibuk sampaikan nak siapkan pita pon susah. Tapi Alhamdulillah dapat juga siapkan PITA yang aku perlu lakukan. Jadinya lepas ni bolehlah tumpulkan kepada hal yang lain pula.
Comments
Post a Comment